Rabu, 1 Jun 2011

HORMATI ORANG SOLAT!!


      Seperti kita tahu, solat itu merupakan tiang agama, siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama. Solat sangat penting dalam kehidupan kita tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, jauh atau dekat, asalkan kita Islam maka solat itu adalah wajib.

     Bila orang solat tu, tolonglah hormat sedikit. Kan tengah berbicara dengan Yang Maha Esa. Tak kan nak bising. Bila orang dalam mesyuarat, semua orang hormat masa ketua atau orang tengah beri pendapat. Ni masa orang solat, tak kisah nak hormat atau tak. Jadinya orang-orang keliling bisinglah, berborak, ketawa dan sebagainya. Orang yang tengah berbicara dengan Allah pun terganggu. Elak-elak tengah beribadah, tak pasal-pasal marah.
  
      Sebenarnya saya nak berkongsi pengalaman solat saya. Ketika sedang solat isya' di surau, seekor kucing masuk ke dalam surau. Entah mana datang entah kucing malam-malam buta ni? Sebelum ni mana ada kucing. Biarlah dia.

     Bila bilal iqamat semua bangun masuk saf masing-masing nak solat isyak berjemaah. Imam pun angkatlah takbir "ALLAHUAKBAR". Tengah-tengah solat masuk kucing tadi. Yang ajaibnya, apabila dia lalu depan saya yang tengah solat, seboleh boleh dia menghimpitkan diri dia dengan dinding depan seolah-olah menjauhkan dari berada di hadapan saya. Saya bukanlah solat pandang kucing, tapi bila dia buat reaksi itu, saya sedikit terpegun terhadap Kesucian Allah.

      "KUCING TU JALAN SEBELAH DINDING. LANGSUNG TAK LALU DEPAN SAYA"

     Bila sedang tahyat akhir, kucing tadi sekali lagi lalu depan saya, dia pun menghimpitkan diri dia dengan dinding depan seolah-olah menjauhkan diri daripada berada di hadapan saya. Tak ada benda pun di depan saya, kenapa kucing tu nak himpit-himpit dekat dinding.

     Saya merasakan bahawa Allah sedang menunjukkan keagungan-Nya kepada saya. Lihat betapa hormatnya haiwan Allah kepada orang yang sedang solat. Inikan lagi manusia. Manusia sepatutnya lebih menghormati orang yang sedang solat kerana kita ada akal. Kucing tak ada akal. Tapi kenapa dia pandai hormat orang solat. Subhanallah.

Golongan di Akhirat Yang merentasi Siratalmustaqim

9 GOLONGAN DI AKHIRATYANG MERENTASI SIRAT

Di akhirat nanti terdapat 9 golongan yang terdiri daripada umat Rasulullah yang merentasi titian sirat. Umat yang mengikut goglongan tertentu dipilih mengikut amalan baik dan buruk manusia tersebut. Jika baik, maka baiklah golongannya, jika tidak, maka sebaliknya golongannya.

1) Golongan yang merentasi seperti kilat
2) Golongan yang merentasi seperti angin
3) Golongan yang merentasi seperti burung yang terbang
4 ) Golongan yang merentasi seperti kuda yang berlari
5) Golongan yang merentasi seperti orang yang berlari
6) Golongan yang merentasi seperti orang berjalan
7) Golongan yang merangkak-rangkak kerana beban dosa yang terlalu berat
8) Golongan yang tidak dibenar merentasi titian
9) Golongan yang tidak dibenar merentasi titian


Begitulah keadaan umat Muhammad.
Bersama-samalah kita berdoa agar mendapat golongan yang pertama. Amin




Tanah suci Makkah Destinasi Muslimun...

MAKKAH DESTINASI ORANG ISLAM


      Sebut mengenai Makkah, teringat akan Ka'abah. Bangunan petak hitam yang berada di dalam Masjid al-Haram. 

      Teringat pula kisah seorang non-muslim jumpa dengan seorang muslim di restoran yang sedang menyiarkan astro oasis. Orang non-muslim 2 pun bertanya kpd muslim yg sedang minum di sebelahnya,

NON-MUSLIM : Tumpang tanya encik, dari dulu saya nak tanya, kenapa orang Islam sembah bangunan hitam tu?

MUSLIM          : Oh, benda dekat tengah2 tu. Kita bukanyya sembah benda 2. Tapi kita sembah tuhan iaitu ALLAH berpandukan arah ka'abah itu.

NON-MUSLIM : Tapi, kalau saya fikir, tuhan kamu mesti ada dalam ka'abah itu, betulkah?

MUSLIM          : Kamu tersalah tafsir mengenai Islam. Allah itu Maha Tinggi Lagi Maha  Berkuasa. Allah tidak tinggal di dalam Ka'abah. Dia tinggal dekat sidratulmuntaha (langit ke tujuh).

NON-MUSLIM : Oooh. Tuhan kamu tak tinggal dalam itu la. Tapi Ka'abah itu saya masih kurang faham mengenainya.

MUSLIM           : Macam ginilah. Awak penah tengok bola x? Dari tv.

NON-MUSLIM : Penah2.

MUSLIM           : Ha.. bagus2.

NON-MUSLIM : Apa kena mengena dengan bola pulak?

MUSLIM           : Tak..macam ni, awak penah tengok bola kan. Bola kan disiarkan dari tv. Jadi
awak tengok bola dari tv tu sama kan dengan bola yang berlangsung sebenarnya.

NON-MUSLIM : Mestilah sama.

MUSLIM           : Jadi, cuba awak buka dalam tv itu ada apa?

NON-MUSLIM : Ada wayar, litar elektronik dan macam2 lah wayar berselirat.

MUSLIM           : Ha, samalah dengan Ka'abah. Kalau awak buka dalam Ka'abah dalamnya cuma ada lampu2, tiang dengan pintu. Orang Islam hakikatnya bukan  menyembah Ka'abah, tetapi kita jadikan Ka'abah sebagai arah kita untuk menyembah Allah. Samalah seperti tengok bola dekat tv, kita tengok bola, bukan tengok tv alat2, kalau tengok tv mesti kita tak tengok bola. Kita akan fikir cantiknya tv ni, bukannya bola tu yang kita tonton. Betultak?

NON-MUSLIM : Betul. Ooh, baru saya faham kenapa orang Islam sembahyang menghadap 
Ka'abah.


Oooh, patutlah Orang Islam menghadap Ka'abah kalau solat. Ka'abah macam tv lah kan?

Atok : Lebih kuranglah. Kalau kita tengok, peminat bola akan berebut-rebut nak pergi ke barisan hadapan kalau tengok tv. Mereka nak tengok dengan lebih jelas dengan penuh 
penghayatan masa bola berlangsung.

Samalah seperti orang Islam di sana, patutlah mereka berebut-rebut nak pergi ke saf yang paling hadapan, mereka nak bersiaran langsung dengan Allah rupanya. Atok, kenapa orang dekat sana masa sembahyang je, ada yang menangis?

Atok : Ooh. Kalau kita tengok bola dengan penghayatan, kita mesti akan terjerit-jerit 
"GOL!".asik menjerit-jerit "GOL!" je. Tapi kalau kita solat, kalau penuh penghayatan iaitu khusyuk, kita akan rasa tenang, dan merasakan Allah berada bersama kita. Mereka berasa Allah sedang lihat mereka, Allah berbual dengan kita mengenai masalah kita. Tulah mereka menangis, mereka sebelum ini tak pernah merasai ada sesuatu yang mendengar aduan mereka dengan penuh kesungguhan. Tetapi bila mereka sembahyang, mereka sedar bahawa Allah sedang mendengar rintihan hamba-Nya.

Umm..tenangnya solat. Beslah kalau dapat berbicara dengan Allah. 

Atok : Betul3..