Isnin, 27 Disember 2010

MISTERI ALAM MELAYU.



MISTERI ALAM MELAYU.

 Sudah tentu kita mengetahui mengenai sejarah asal usul Melayu. Kebanyakan bangsa Melayu tinggal di kepulauan Melayu ataupun Nusantara. Tamadun Melayu merupakan antara tamadun yang dikenali di seluruh dunia kerana kekayaannya tentang sejarah silam. Walau bagaimanapun, sejarah Melayu bukan itu sahaja. 

Ahad, 12 Disember 2010

Kerajaan Islamiyah

 
JEJAKI SIRAH ISLAMIYYAH

Seperti yang kita pelajari bahawa Nami Muhammad S.A.W telah menubuhkan negara Islam pertama di Yathrib(Madinah) pada 622 M. Seperti mana usaha baginda beserta para sahabat pada mulanya berhijrah daripada Makkah ke Madinah. Baginda bersama kaum Muhajir berhijrah dari Makkah ke Madinah dengan melakukan pelbagai pengorbanan antaranya ialah, Muhajirin sanggup meninggalkan kampung halaman mereka, keluarga mereka, isteri mereka dan harta-harta mereka di Makkah. Rasulullah berhijrah bersama golongan Muhajir ini ke Madinah untuk menubuhkan kerajaan Islam di Madinah setelah Makkah berada dalam kekuasaan Kafirun Quraisy Makkah. Kaum Ansar(Penduduk Madinah) menyambut rombongan baginda diiringi dengan paluan kompang dan selawat. Penduduk Madinah mudah untuk memeluk agama Islam atas sifat yang terbuka yang dikurniakan kepada mereka. Pada 622M, Madinah diisytihar negara yang diperintah oleh orang Islam. Usaha baginda berterusan hingga membuka Kota Makkah dan mengisytiharkannya sebagai negara Islam selepas Madinah Munawwarah. Usaha baginda diteruskan oleh para Khulafa' Arrasyidin(S.Abu Bakar, S. Umar, S. Uthman, S. Ali) setelah kewafatan baginda. Semasa zaman pemerintahan Khulafa' Arrasyidin ini, banyak negara ditakluki dan diisytiharkan sebagai negara Islam seperti Rom, Parsi dan Byzantine. Contohnya semasa pemerintahan Abu Bakar, beliau mengetuai dalam ekspidisi ke Syria bagi menentang golongan Murtad. Pada 633 M Al Quran mula dikumpulkan. Pada 634 M, S. Abu Bakar wafat dan digantikan dengan S. Umar. Beliau mengetuai aktiviti penaklukan Damsyik dan menakluki Parsi. 635 M, S. Umar telah berjaya menjajah Kota Madain, Ibu Kota Parsi. Pada tahun 636 M, S. Umar berjaya menakluki Empayar Mesopotamia, Syria dan Palestin. Pada Tahun 637, Empayar Mesir berjaya ditakluki oleh Kerajaan Islam. Pada 638 M, Baitulmaqdis berjaya ditakluki oleh Umar. Pada 644 M, S. Umar syahid dibunuh. S. Uthman menggantikannya. Afrika Utara beserta Kerajaan Cyprus

Jumaat, 10 Disember 2010

Umat Akhir Zaman..

DUNIA AKHIR ZAMAN?

            Sejarah merupakan salah satu daripada asas manusia yang menjadi medium terhadap asal usul manusia. Menurut kata-kata para sejarawan antaranya ialah Herodotus, sejarah merupakan suatu tindakan dan sebab mereka melakukannya. Menurut Ibnu Khaldun pula sejarah merupakan suatu peradaban yang berlaku. Selain itu, menurut Mohd Yusuf Ibrahim pula sejarah itu merupakan suatu rekod yang berlaku pada waktu silam. Dalam erti kata lain sejarah merupakan suatu garis masa yang menceritakan peradaban, tindakan dan rekod manusia. Contohnya, para ilmuwan sedunia mengesahkan bahawa terdapat beberapa zaman yang berlaku di dalam dunia ini iaitu Paleolotik, Neolitik, Logam dan Gangsa. Seperti yang kita tahu bahawa zaman-zaman ini merupakan suatu tamadun awal prasejarah yang menceritakan tentang peradaban manusia purba. Zaman ini juga diisytiharkan sebagai zaman awal pendudukan manusia di atas muka bumi ini. Menurut kata-kata mereka lagi, zaman ini juga tiada peradaban dan teknologi yang cukup canggih. Contohnya seperti zaman Paleolitik yang berlaku dalam lingkumngan 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu dikatakan hanya tinggal di dalam gua dan menggunakan alatan batu serta tidak mengenakan sebarang pakaian ke atas badan mereka sendiri. Mereka juga tidak mempunyai ilmu dan hidup hanya dalam gelumang kejahilan yang tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan alam. Begitulah fitrah asal usul manusia pada awal zaman yang dikatakan oleh para sejarawan.
            Walau bagaimanapun, tidakkah anda terfikir tentang kesahihan al-Quran dan Hadis? Menurut kitab Allah itu, manusia pertama yang diturunkan ialah Adam Alaihissalam. Tidakkah terlintas dalam fikiran anda bahawa Adam itu manusia pertama yang diturunkan oleh Allah? Berdasarkan pendapat sejarawan itu tadi, manusia terdahulu tidak mempunyai ilmu. Tetapi adakah Adam Alaihissalam iaitu rasul pertama Allah tidak mempunyai sebarang ilmu? Adakah Adam diturunkan dalam keadaan yang jahil sedangkan Allah S.W.T telah mengajarkannya setiap satu persatu tentang alam ini.
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada para Malaikat lalu berfirman, “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang yang benar(31). Mereka menjawab,”Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah ENGKAU AJARKAN KEPADA KAMI, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana(32) surah Al-Baqarah ayat 31-32.
            Adakah ini kita katakan orang zaman prasejarah yang tidak tahu untuk bertutur kata? Bagaimana Adam berkata dengan Allah sedangkan Adam tidak tahu untuk bertutur? Adakah Adam tinggal di dalam gua? Sebuah hadis mengatakan bahawa Al-Aqsa dibina oleh Adam Alaihissalam. Adakah Adam yang pandai bina masjid lalu tinggal di dalam gua? Nabi Idris yang sudah pandai menjahit pakaian, adakah baginda tidak memakai apa-apa yang dikatakan oleh para sejarawan mengenai manusia terdahulu? Nabi Nuh sudah tahu mencipta bahtera sebesar-besarnya bagi menghadapi banjir besar semasa zaman baginda. Adakah baginda hanya menggunakan alatan batu dan hanya tahu untuk tidur dan makan sedangkan al-Quran menceritakan bahawa Nuh merupakan nabi yang mencipta bahtera. Adakah nabi-nabi Allah terdahulu berada dalam kejahilan ilmu dan berada dalam keadaan yang begitu mundur sekali? Dua pendapat yang berlainan- Sejarawan mengatakan zaman prasejarah(orang terdahulu) berada dalam keadaan mundur sekali yang hanya tinggal di dalam gua, manakala Al-Quran menceritakan bahawa orang terdahulu sudah tahu segala-galanya bahkan membina bahtera yang besar. Oleh itu, dua pendapat yang berlainan, yang mana menguji keimanan seseorang sama ada untuk mempercayai pendapat sejarawan dunia ataupun kata-kata Allah di dalam al-Quran. Fikirkan, renungkan dan hayati apakah ini semua. Mengapakah ada berlainan pendapat dalam kalangan para sejarawan dalam mentafsirkan apa maksud sejarah. Pendapat sejarah dan kata-kata al-Quran amat berbeza. Yang mana pantas untuk dipercayai dan diimani? Adakah teori dunia atau AL-QURAN? Bagi anda terpulang untuk mentafsirkan bahawa zaman prasejarah itu benar-benar wujud ataupun tidak. Terpulang untuk memilih sama ada prasejarah yang wujud ataupun sejarah Adam dan nabi-nabi lain yang wujud. Kembali kepada al-Quran dan hadis atau konspirasi(fitnah) dunia.
            Prasejarah sebenarnya hanya kesesatan yang nyata yang mana dikatakan sebagai salah satu fitnah Dajjal. Allah  S.W.T telah berfirman bahawa pada akhir zaman berlaku satu fitnah yang sangat menyesatkan iaitu FITNAH ALMASIHUDDAJAL. Dan siapakah dalang yang mengatakan tentang kewujudan prasejarah? Orang itu ialah CHARLES DARWIN. Dia bukanlah Dajjal tetapi hanya pengikut Dajjal yang menabur fitnah Dajjal bagi menyesatkan umat Islam akhir zaman mengenai sejatah ketamadunan manusia. Mengapakah Dajjal tidak turun semasa zaman nabi? Ada Hadis mengatakan bahawa sekiranya Dajjal turun semasa zaman Rasulullah, setibanya dia di zaman itu, kanak-kanak akan segera melontarkan batu kearahnya(Dajjal). Mengapa? Ini kerana sifat keimanan yang wujud dalam hati seseorang itu sangat kuat pada zaman Rasulullah bahkan kanak-kanak. Itulah asbabnya Allah menurunkan Dajjal pada akhir zaman agar menguji siapa dalam kalangan umat Muhammad yang tidak langsung menukarkan niat mereka untuk menyekutukan Allah terhadap kewujudan Dajjal. Pendek kata, Allah menguji keimanan umat akhir zaman dengan menurunkan Dajjal yang seringkali menabur pelbagai fitnah kepada umat Akhir zaman agar tergolong dalam golongan orang yang rugi (Golongan Dajjal). Na’uzubillah.
            Oleh itu sejarawan yang mengatakan prasejarah itu wujud merupakan tidak lain tidak bukan sebagai