Share it

Jumaat, 10 Disember 2010

Umat Akhir Zaman..

video
DUNIA AKHIR ZAMAN?

            Sejarah merupakan salah satu daripada asas manusia yang menjadi medium terhadap asal usul manusia. Menurut kata-kata para sejarawan antaranya ialah Herodotus, sejarah merupakan suatu tindakan dan sebab mereka melakukannya. Menurut Ibnu Khaldun pula sejarah merupakan suatu peradaban yang berlaku. Selain itu, menurut Mohd Yusuf Ibrahim pula sejarah itu merupakan suatu rekod yang berlaku pada waktu silam. Dalam erti kata lain sejarah merupakan suatu garis masa yang menceritakan peradaban, tindakan dan rekod manusia. Contohnya, para ilmuwan sedunia mengesahkan bahawa terdapat beberapa zaman yang berlaku di dalam dunia ini iaitu Paleolotik, Neolitik, Logam dan Gangsa. Seperti yang kita tahu bahawa zaman-zaman ini merupakan suatu tamadun awal prasejarah yang menceritakan tentang peradaban manusia purba. Zaman ini juga diisytiharkan sebagai zaman awal pendudukan manusia di atas muka bumi ini. Menurut kata-kata mereka lagi, zaman ini juga tiada peradaban dan teknologi yang cukup canggih. Contohnya seperti zaman Paleolitik yang berlaku dalam lingkumngan 200,000 hingga 300,000 tahun dahulu dikatakan hanya tinggal di dalam gua dan menggunakan alatan batu serta tidak mengenakan sebarang pakaian ke atas badan mereka sendiri. Mereka juga tidak mempunyai ilmu dan hidup hanya dalam gelumang kejahilan yang tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan alam. Begitulah fitrah asal usul manusia pada awal zaman yang dikatakan oleh para sejarawan.
            Walau bagaimanapun, tidakkah anda terfikir tentang kesahihan al-Quran dan Hadis? Menurut kitab Allah itu, manusia pertama yang diturunkan ialah Adam Alaihissalam. Tidakkah terlintas dalam fikiran anda bahawa Adam itu manusia pertama yang diturunkan oleh Allah? Berdasarkan pendapat sejarawan itu tadi, manusia terdahulu tidak mempunyai ilmu. Tetapi adakah Adam Alaihissalam iaitu rasul pertama Allah tidak mempunyai sebarang ilmu? Adakah Adam diturunkan dalam keadaan yang jahil sedangkan Allah S.W.T telah mengajarkannya setiap satu persatu tentang alam ini.
Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama(benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada para Malaikat lalu berfirman, “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang yang benar(31). Mereka menjawab,”Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah ENGKAU AJARKAN KEPADA KAMI, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana(32) surah Al-Baqarah ayat 31-32.
            Adakah ini kita katakan orang zaman prasejarah yang tidak tahu untuk bertutur kata? Bagaimana Adam berkata dengan Allah sedangkan Adam tidak tahu untuk bertutur? Adakah Adam tinggal di dalam gua? Sebuah hadis mengatakan bahawa Al-Aqsa dibina oleh Adam Alaihissalam. Adakah Adam yang pandai bina masjid lalu tinggal di dalam gua? Nabi Idris yang sudah pandai menjahit pakaian, adakah baginda tidak memakai apa-apa yang dikatakan oleh para sejarawan mengenai manusia terdahulu? Nabi Nuh sudah tahu mencipta bahtera sebesar-besarnya bagi menghadapi banjir besar semasa zaman baginda. Adakah baginda hanya menggunakan alatan batu dan hanya tahu untuk tidur dan makan sedangkan al-Quran menceritakan bahawa Nuh merupakan nabi yang mencipta bahtera. Adakah nabi-nabi Allah terdahulu berada dalam kejahilan ilmu dan berada dalam keadaan yang begitu mundur sekali? Dua pendapat yang berlainan- Sejarawan mengatakan zaman prasejarah(orang terdahulu) berada dalam keadaan mundur sekali yang hanya tinggal di dalam gua, manakala Al-Quran menceritakan bahawa orang terdahulu sudah tahu segala-galanya bahkan membina bahtera yang besar. Oleh itu, dua pendapat yang berlainan, yang mana menguji keimanan seseorang sama ada untuk mempercayai pendapat sejarawan dunia ataupun kata-kata Allah di dalam al-Quran. Fikirkan, renungkan dan hayati apakah ini semua. Mengapakah ada berlainan pendapat dalam kalangan para sejarawan dalam mentafsirkan apa maksud sejarah. Pendapat sejarah dan kata-kata al-Quran amat berbeza. Yang mana pantas untuk dipercayai dan diimani? Adakah teori dunia atau AL-QURAN? Bagi anda terpulang untuk mentafsirkan bahawa zaman prasejarah itu benar-benar wujud ataupun tidak. Terpulang untuk memilih sama ada prasejarah yang wujud ataupun sejarah Adam dan nabi-nabi lain yang wujud. Kembali kepada al-Quran dan hadis atau konspirasi(fitnah) dunia.
            Prasejarah sebenarnya hanya kesesatan yang nyata yang mana dikatakan sebagai salah satu fitnah Dajjal. Allah  S.W.T telah berfirman bahawa pada akhir zaman berlaku satu fitnah yang sangat menyesatkan iaitu FITNAH ALMASIHUDDAJAL. Dan siapakah dalang yang mengatakan tentang kewujudan prasejarah? Orang itu ialah CHARLES DARWIN. Dia bukanlah Dajjal tetapi hanya pengikut Dajjal yang menabur fitnah Dajjal bagi menyesatkan umat Islam akhir zaman mengenai sejatah ketamadunan manusia. Mengapakah Dajjal tidak turun semasa zaman nabi? Ada Hadis mengatakan bahawa sekiranya Dajjal turun semasa zaman Rasulullah, setibanya dia di zaman itu, kanak-kanak akan segera melontarkan batu kearahnya(Dajjal). Mengapa? Ini kerana sifat keimanan yang wujud dalam hati seseorang itu sangat kuat pada zaman Rasulullah bahkan kanak-kanak. Itulah asbabnya Allah menurunkan Dajjal pada akhir zaman agar menguji siapa dalam kalangan umat Muhammad yang tidak langsung menukarkan niat mereka untuk menyekutukan Allah terhadap kewujudan Dajjal. Pendek kata, Allah menguji keimanan umat akhir zaman dengan menurunkan Dajjal yang seringkali menabur pelbagai fitnah kepada umat Akhir zaman agar tergolong dalam golongan orang yang rugi (Golongan Dajjal). Na’uzubillah.
            Oleh itu sejarawan yang mengatakan prasejarah itu wujud merupakan tidak lain tidak bukan sebagai auta atau fitnah yang ditaburkan untuk menyesatkan umat akhir zaman. Sebenarnya, sejarah dapat dikaji kesahihannya dengan berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Di dalam al-Quran, Allah hanya menyebut nama para nabi sebagai ukuran garis masa sejarah. Contohnya potongan ayat mengenai ketamadunan nabi-nabi mengikut garis masa sejarah:


1).....Di masa zaman Sulaiman....(Al baqarah 102)
2).....sesudah Musa....(Al baqarah 246)
3).....sesudah Nuh....(Al isra 17)
Kenapa menggunakan nama-nama nabi? Kerana Nabi adalah wakil kaum mereka pada tempat mereka, dan sewaktu ketamadunan mereka.
Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu sunah-sunah Allah(sejarah); Kerana itulah berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan(Rasul-rasul). Surah Al-Imran 137.

Adam---Idris---Nuh---Hud---Salleh---Ibrahim---Luth---Ismail---Ishak---Ya’akub---Yusuf---Ayyub---Syu’aib---Musa---Harun---Zulkafl---Daud---Sulaiman---Ilyas---Yasa’---Yunus---Zakaria---Yahya---Isa---Muhammad
Sesungguhnya orang terdahulu(nabi-nabi terdahulu) juga telah mempunyai pelbagai teknologi yang canggih bahkan lebih canggih daripada sekarang. Contohnya kerajaan Fir’aun telah membina piramid yang tinggi dan kukuh dan sehingga sekarang tiada manusia yang dapat menandingi pembinaan tersebut. Selain itu, zaman kerajaan Babil(Babylon) telah mencipta sebuah artifak yang mana ditemui oleh sejarawan dan membuktikan bahawa artifak tersebut ialah sebuah bateri. Cuba fikirkan, orang yang kita gelar sebagai orang gua purba sudah pandai mencipta sumber elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita lahir.
            Tetapi manakah ketamadunan mereka yang maju itu? Mengapa kita tidak nampak sebagai bukti ketamadunan mereka? Di mana ketamadunan mereka? Sesungguhnya ketamadunan mereka sudahpun dihancurkan oleh Allah S.W.T.. Mengapa? Kerana sikap golongan terdahulu yang ingkar kepada seruan nabi-nabi lalu mendustakannya.
            Allah mencipta nabi Adam dan pengikutnya..Lalu sesudah itu Allah mencipta Idris sebagai rasul untuk mengembalikan iman kepada keturunan Adam sebelum ini. Tetapi apabila golongan ini ingkar lalu Allah menghancurkan mereka beserta tamadun mereka yang maju itu. Lalu Allah mencipta Nuh untuk menjadi rasul kepada keturunannya. Tetapi kaum Nuh ingkar, lalu Allah turunkan banjir besar kepada mereka yang ingkar lalu hancurlah mereka dengan ketamadunan mereka sedang mereka dalam kemajuan. Lalu Allah mencipta Hud. Lalu majulah ketamadunan Hud yang dimajukan oleh kaum Hud. Atas keingkaran sebahagian besar kaum Hud, Allah menghancurkan mereka dengan kemajuan ketamadunan mereka yang sedang maju. Begitulah sejarah berjalan. Lalu Allah mencipta nabi seterusnya dan mereka membangunkan ketamadunan mereka dengan kemajuan serta itu Allah menghancurkan mereka bersama ketamadunan dan kemajuan mereka kerana keingkaran mereka kepada rasul dan perintah Allah. Sejarah berulangan setiap kali zaman kenabian. Tetapi hanya sedikit yang mengambil iktibar. Kini tibalah Nabi Muhammad S.A.W. yang merupakan pengakhir segala nabi. Oleh itu, umat Muhammad ialah umat akhir zaman. Tiada lagi nabi selepas ini.
            Menurut hadis, zaman Muhammad terdapat 5 Fasa:
1)Semasa Nabi Muhammad Masih Hidup.(zaman ini sudah berlalu)
2)Semasa pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin iaitu 4 orang Khalifah.(zaman ini sudah berlalu)
3)Semasa zaman kerajaan menggigit. Iaitu kerajaan sistem monarki kerajaan Daulah Ummayyah, Abasiyah dan Uthmaniyah.(zaman ini sudahpun berlalu)
4)Semasa dunia diperintah oleh manusia yang sombong dan bongkak serta bermaharajalela di atas muka bumi Allah.(SEKARANG)
5)Semasa dunia sudah kembali kepada hukum-hukum Allah dan pentadbiran sudah kembali kepada ajaran Islam.(Bakal menjelang).
Sesungguhnya fasa pertama, kedua dan ketiga sudahpun meninggalkan dunia. Kini tibalah fasa keempat yang mana dunia dikuasai oleh para pemerintah yang angkuh lagi bongkak bermahajalela di atas takhta dunia. Sesungguhnya fasa keempat ialah sekarang. Rasulullah juga mengatakan bahawa semasa fasa keempat datnag satu fitnah yang amat besar tentang ketamadunan manusia. Fitnah tersebut ialah fitnah Dajjal. Fasa keempat sahajalah syaitan mengumpulkan pengikutnya agar menjadi pengikut Dajjal. Dajjal  tidak datang semasa fasa kelima kerana sewaktu itu, dunia sudah berpihak kepada kebenaran islam, dan dajjal tidak akan datang selepas fasa kelima kerana sewaktu itu, sejarah ketamadunan manusia telahpun berakhir. Semasa fasa keempat, Nabi Isa dan Imam Mahdi akan turun dan membawa umat Islam yang masih tidak sesat daripada jalan Allah ke fasa yang kelima. Tetapi sebaliknya kepada mereka yang sudahpun sesat daripada jalan Allah dan menjadi pengikut dajjal, mereka hanya akan tinggal dalam kesesatan dalam menjadi pengikut Dajjal serta hanya tunggu untuk menjadi peneman syaitan di neraka Allah. Tanyalah diri sama ada kita boleh lepas untuk pergi ke fasa yang kelima ataupun tidak kerana untuk melepasi fasa ini umat islam perlu mempunyai iman yang kuat agar tidak tergolong dalam golongan pengikut Dajjal. Sesungguhnya fitnah Dajjal amat berleluasa sehingga sedikit sahaja umat islam yang akan berjaya melepasi ke dalam fasa yang kelima dan lepas daripada fitnah Dajjal dan neraka Allah. Pelbagai Fitnah yang ditaburkan oleh pengikut dajjal kepada umat islam agar umat islam menjadi pengikut dajjal. Salah satunya ialah fitnah ketamadunan manusia tadi. Kuatkan iman agar tidak tergolong dalam golongan pengikut Dajjal. Banyak lagi fitnah yang ditaburkan oleh Dajjal untuk menyesakan umat islam. Berwaspada dalam melakukan sesuatu kerana pelbagai muslihat telah dirancang.


SEJARAH KEDATANGAN FITNAH AL-MASIHUDDAJAL

·         1099-Siri perang Salib bermula, sejarah dikatakan sudah bermula dalam kehadiran dunia moden. Jarussalam(Baitulmaqdis) jatuh ke tangan tentera salib.
·         1118-Tentera yang dinamakan sebagai Knight Templar dibentuk dalam kalangan tentera salib. Knight Templar merupakan pasukan yang menjaga keamanan sekitar Jerussalam dan membuat ekonomi sendiri. Kumpulan ini telah mengalami suatu kejadian yang aneh. Mereka memasuki kawasan Al-Aqsa. Mereka menjumpai suatu bilik bawah tanah di masjid al-Aqsa. Di dalam bilik tersebut, terdapat pelbagai “harta” yang sangat berharga yang ditinggalkan oleh Bani Israel. Harta tersebut ialah buku-buku sihir yang telah dirampas oleh Nabi Sulaiman. Semasa zaman Nabi Sulaiman, buku-buku sihir yang dimiliki oleh Bani Israel telah dirampas dan baginda menyimpannya di dalam bilik tersebut. Sihir tersebut sangat hebat dan menyebabkan kumpulan Knight Templar itu tadi meninggalkan agama Kristian. Knight Templar mengambil keputusan untuk meninggalkan agama Kritsian dan mempelajari sihir-sihir tersebut. Pelbagai simbol sihir purba tersebut telah dipelajari. Mereka mempelajari ilmu tersebut sehingga memiliki sihir yang sangat tinggi dan tanpa disangka mereka dapat berinteraksi dengan Dajjal Al-Masih. Dajjal menjanjikan kekayaan dan kesenangan kepada mereka asalkan mereka menyembah syaitan. Mereka bersetuju. Dajjal juga mengatakan bahawa dia inginkan Knight Templar meruntuhkan Al-Aqsa dan menggantikannya dengan Haikal Sulaiman(tempat kediaman Dajjal sekeluarnya Dajjal ke bumi). Dajjal inginkan Haikal Sulaiman sebagai kediamannya apabila dia keluar ke atas muka bumi. Knight Templar bersetuju bekerjasama dengan Dajjal dan Dajjal menjanjikan kesenangan dan kekayaan kepada mereka. Dajjal juga menginginkan balasan daripada Knight Templar untuk menjalankan segala konspirasi(fitnah) “agung” Dajjal di atas muka bumi ini.

Dan mereka mengikut apa yang dibacakan oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman(dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu mengerjakan sihir),padahal Sulaiman tidak kafir(tidak mengerjakan sihir) hanya syaitan-syaitanlah yang mengerjakan sihir. Mereka menjalankan sihir dan mengajarkannya kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil(Babylon) iaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan(sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan,”sesungguhnya kami hanya cubaan(bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir.(surah al Baqarah 102).

Sesungguhnya sihir itu mampu mencerai-beraikan ikatan suami isteri. Malaikat Harut Marut merupakan dua orang malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membezakan antara mu’jizat dan sihir kepada Bani Israel. Kisahnya, apabila syaitan mencuri dengar kalamullah di Arasy. Allah berfirman mengenai mu’jizat yang diturunkan kepada Nabi Sulaiman. Syaitan mencuri dengar percakapan itu dan turun ke dunia. Syaitan memfitnah dengan memberitahu kepada dukun-dukun dan bomoh-bomoh Bani Israel mengenai Sulaiman. Syaitan mengatakan bahawa Sulaiman ialah pengamal sihir. Padahal Sulaiman dikurniakan mu’jizat oleh Allah. Seperti yang kita tahu bahawa Nabi Sulaiman merupakan nabi yang mempunyai kerajaan yang amat luas sehingga meliputi alam manusia, haiwan mahupun jin. Mereka patuh atas percakapan Nabi Sulaiman dan mengamalkan apa yang diarahkan oleh baginda. Syaitan memfitnah Sulaiman dengan mengatakan kepada dukun Bani Israel bahawa Sulaiman memiliki sihir yang mampu menundukkan mereka. Allah menurunkan dua orang malaikat iaitu Harut dan Marut ke dunia dan memberi tugasan kepada mereka untuk membezakan Bani Israel antara sihir dan mu’jizat dengan mengajarkan sihir kepada dukun Bani Israel. Dengan mengajarkan sihir kepada mereka, barulah mereka mengetahui bahawa Sulaiman mempunyai mu’jizat bukannya sihir. Sihir tersebut diamalkan oleh dukun Bani Israel dan dibukukan. Lalu Nabi Sulaiman merampasnya dan menyembunyikannya di dalam bilik di bawah al-Aqsa.
           
            Tetapi fitnah Yahudi semakin memuncak apabila mereka memfitnah dua malaikat ini. Mereka mengatakan bahawa malaikat ini ingkar kepada pernyataan Allah. Kisah fitnahnya berkisah: Allah berfirman kepada dua malaikat ini :”Jika aku mengurniakan kamu apa yang ada pada manusia, nescaya kamu akan melakukan kerosakan di atas muka bumi ini.” Lalu dua malaikat itu MEMBANTAH kata-kata Allah dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan melakukan kerosakan walau diberi kepada mereka apa yang ada pada manusia. Kisah ini jelas menunjukkan bahawa ini merupakan suatu fitnah yang dilakukan oleh pihak Yahudi. Malaikat merupakan makhluk yang sentiasa taat kepada Allah dan tidak sama sekali membantah firman Allah sebaliknya MENTAATI kata-kata Allah. Inilah salah satu fitnah yang ditaburkan kepada umat Islam mengenai dua malaikat ini agar umat Islam mempercayai bahawa malaikat-malaikat ini telah berbuat jahat.

·         Seberapa lama kemudian, Jerussalam berjaya ditawan semula oleh tentera Islam. Knight Templar lari semula ke Eropah. Mereka membuat kumpulan dan menguatkan lagi pakatan sihir mereka di Eropah. Raja-raja Eropah pada mulanya menerima kedatangan mereka dengan baik. Menyedari pakatan Knight Templar, raja-raja Eropah mengarahkan agar mengharamkan Knight Templar dan menangkap ahli gerakan sihir ini lantas dibunuh. Tetapi sebahagian daripada mereka terlepas. Amalan sihir mereka terbongkar dan ramai pengikut Knight Templar ditangkap dan dibakar. Kita diajar bahawa mereka yang ditangkap merupakan pihak yang tidak sehaluan dengan pihak gereja. Knight Templar menjalankan dasar revolusi penggulingan raja-raja dan pihak gereja Eropah.
·         Sebahagian mereka yang terselamat daripada ditangkap oleh kerajaan Eropah melarikan diri.
·         Mereka menubuhkan nama baru iaitu FREEMASON sebagai galah ganti kepada penubuhan Knight Templar. Mereka menyusun semula strategi bagi menjalankan konspirasi agung Dajjal di dunia. Dalam Bahasa Arabnya Freemason disebut sebagai Al-Masuni yang bemaksud bebas.
·         Bagi menutup mata penduduk dunia mengenai kejahatan mereka dalam menjalankan konspirasi Dajjal mereka memperkenalkan istilah Renassaince sebagai penutup segala kejahatan mereka. Renassaince bermaksud pembaharuan yang dilakukan di Eropah. Maka tertipulah seluruh warga Eropah sedang mereka ditadbir oleh para penyembah syaitan. Mereka menubuhkan Renaissance sebagai anggapan perjuangan yang suci dilakukan di Eropah. Tanpa disedari Eropah memikirkan bahawa istilah ini merupakan kebaikan bagi mereka tetapi ia sebenarnya hanya sebagai penutup keaiban konspirasi jahat Dajjal.
·         Setelah mereka menguasai Eropah maka mereka meneruskan konspirasi mereka dengan menyebarkan dakyah mereka ke seluruh dunia.
·         Sasaran mereka ialah kaum Yahudi. Mereka mempermainkan orang Yahudi bagi meluaskan lagi dakyah Freemason. Mereka memperkenalkan Holocaust.
Holocaust merupakan suatu peristiwa pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak nazi kepada pihak yahudi. Orang yahudi berasa sangat terdesak kerana peristiwa pembunuhan beramai-ramai tersebut berlaku ke atas kaumnya. Oleh itu, Freemason mengambil kesempatan ini dengan memperkenalkan Zionis kepada Yahudi sebagai cara untuk melepaskan diri mereka daripada cengkaman holocaust yang dianjurkan oleh Nazi. Dalam pada itu, perkara ini juga sudah dirancang oleh pihak tentera Dajjal ini(Freemason) dengan mengarahkan Nazi bergaduh dengan Soviet, sebagai akibat Yahudi menjadi mangsa pergaduhan yang diarahkan oleh Freemason ini. Sementara itu, Yahudi mempercayai bahawa zionis membawa mereka keluar daripada belenggu Nazi. Zionis merupakan gerakan yang disertai oleh Yahudi yang dahulunya terdesak dengan pergaduhan Nazi. Kini Freemason telah menguasai kaum Yahudi yang menyertai zionis dan zionis boleh dikatakan sebagai salah satu ahli tentera Dajjal.
·         Langkah seterusnya, Freemason mengarahkan zionis agar membuka sebuah negara sendiri walaupun dalam kitab Talmud(Kitab Orang Yahudi) telah mengharamkan yahudi daripada membuka kerajaan sendiri. Tetapi atas arahan Freemason, Yahudi yang menyertai zionis itu mengambil keputusan untuk membuka kerajaan sendiri iaitu di Palestin. Sebahagian Yahudi ada yang merasakan mereka telah ditipu oleh Freemason. Oleh itu, mereka(yahudi yang tersedar daripada tipu Freemason) tidak berhasrat untuk menyertai zionis kerana mereka sedar bahawa Freemason memperkenalkan zionis kepada bangsa yahudi hanya untuk kebaikan Freemason sendiri agar menjayakan konspirasi agung Dajjal.
·         Freemason kini dengan bantuan zionis mampu menguasai Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Mereka membina banyak terowong di bawah Al aqsa kerana untuk meruntuhkan Al-Aqsa agar digantikan dengan Haikal Sulaiman. Freemason perlu mendirikan 10 kawasan pangkalan mengelilingi Haikal Sulaiman iaitu keliling negara yang berdekatan dengan Palestin bagi mengawasi Haikal Sulaiman daripada dicerobohi.
·         Dalam perang dunia kedua Soviet bertengkar dengan Nazi. Kedua-dua kuasa besar ini sebenarnya tidak pernah bergaduh, tetapi atas arahan ketua mereka(Freemason) yang mengarahkan agar mereka bergaduh, maka mereka telah terlibat dalam peristiwa Perang Dunia Kedua yang telah dirancang oleh Tentera Dajjal(Freemason) pada 1941.
·         Bagi menyelamatkan pergaduhan antara Soviet dan Nazi, Freemason menubuhkan PBB sebagai penyelamat atau pendamai antara pergaduhan mereka. Hal ini jelas menunjukkkan bahawa Freemason sengaja menubuhkan PBB dan Amerika sebagai Hero dalam Perang dunia kedua agar menutup mata penduduk dunia mengenai masa lalu. Oleh itu, dunia akan mempercayai bahawa PBB dan Amerika merupakan watak yang memainkan jalan cerita sebagai hero dunia. Kesannya, Freemason berjaya mencipta sendiri sejarah ketamadunan manusia yang mana dilakukan secara fitnah. Oleh itu, fitnah ini juga telah menarik sebahagian besar penduduk dunia agar mempercayai fitnah ini. Kesannya, ramai penduduk dunia masih lagi berada dalam permainan Freemason yang mencipta sejarah dunia secara konspirasi dengan mempercayai jalan cerita yang dilakukan oleh pihak Freemason.
·         Begitu juga peristiwa 11 September yang mana bangunan WTC di Washington D.C runtuh. Mereka menuduh Osama Bin Laden sebagai pengganas yang mengepalai puak Al-Qaeda yang mana dituduh sebagai pengganas yang telah mengakibatkan WTC runtuh. Sebenarnya itu semua merupakan konspirasi(fitnah) tentera dajjal. Tiada Al-Qaeda dan tiada Osama Bin Laden. Seorang wartawan telah berlepas ke Afghanistan dan menanyakan penduduk di sana mengenai Osama dan Al-Qaeda. Tetapi sebaliknya yang mereka(penduduk Afghanistan) menjawab, mereka mengatakan bahawa mereka tidak pernah mendengar nama Osama Bin Laden dan Al-Qaeda. Yang ada cumalah Taliban. Sebenarnya, Osama Bin Laden sebenarnya ialah Tim Osman yang mana pekerja di agen CIA di Amerika Syarikat. Oleh itu, ini semua merupakan konspirasi agung Dajjal yang berjaya menutup mata penduduk dunia dengan harapan dapat mengumpulkan sebanyak yang mungkin pengikut dajjal. Bagaimana dengan Al-Jazeera(badan penyebar mengenai Al-Qaeda dan Osama)?
·         Al-Jazeera telah dibayar oleh Freemason untuk bekerjasama dalam menjayakan konspirasinya di Afghanistan. Lantaran itu, Al-Jazeera merupakan badan pemberitaan yang dikuasai oleh para penyembah syaitan.

      Pelbagai konspirasi yang berjaya menutup mata penduduk bumi berjaya dijalankan dengan lancarnya. Dalam masa yang sama, sebahagian besar penduduk bumi telah terpengaruh dengan konspirasi ini dan menjadi pengikut Freemason dan secara tidak langsungnya mereka menjadi pengikut Dajjal. Itulah dia, Dajjal akan menyebarkan fitnahnya ke atas penduduk bumi asalkan mereka menjadi pengikut Dajjal. Fitnah ini juga menular ke serata dunia kerana ramai penduduk bumi telah menyertai pasukan Freemason yang mana menyembah syaitan. Pelbagai konspirasi yang masih giat dijalankan oleh pihak Freemason bagi mengaburkan mata umat akhir zaman terutamanya terhadap umat Islam. Freemason bermatlamat untuk menguasai dunia dengan pentadbiran syaitan demi menanti kedatangan ketua mereka, Dajjal. Seperti yang telah dinyatakan tadi, apabila dajjal keluar ke permukaan bumi, maka tentera Dajjal(Freemason) menyediakan sebuah kediaman khas untuk Dajjal iaitu Haikal Sulaiman. Sesungguhnya fitnah Dajjal kini hampir ke kemuncaknya. Oleh itu, bersedialah umat Islam agar iman dan taqwa kita tidak sama sekali terpesong dengan adanya konspirasi yang dijalankan oleh mana-mana pihak. Sesungguhnya, iman yang kuat mampu mengelakkan diri daripada fitnah dunia.

KISAH YAHUDI DAN KRISTIAN
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu; sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim(51)

(Al-Maidah 51)

      Dalam ayat ini, adakah Allah mengatakan semua Yahudi dan Kristian ataupun sebahagian daripada mereka? Al-Quran membenarkan kita untuk menjalinkan hubungan antara Islam dengan Yahudi dan Nasrani. Ini bermakna Allah hanya melarang untuk menjalinkan hubungan dengan SEGELINTIR yahudi dan nasrani bukan semua Yahudi dan Nasrani. Siapakah golongan segelintir ini? Mereka ialah sekutu sesama yang lain. Maknanya Yahudi yang bersatu dengan Kristian.

      Dalam sejarah, Kristian dan Yahudi tidak pernah sehaluan dan seringkali bergaduh. Hal ini kerana semasa peristiwa Nabi Isa. Bani Israel yang merupakan bangsa yahudi telah kononnya membunuh dan menyalib Nabi Isa, padahal bukan baginda yang dibunuh dan disalib tetapi orang iras baginda. Isa sudah diangkat oleh Allah ke atas Sidratumuntaha. Akibatnya, peristiwa pembunuhan tersebut telah membangkitkan kemarahan Kristian terhadap Yahudi kerana Yahudi telah membunuh tuhan Kristian iaitu “Isa”. Kristian membangkitkan kemarahan kepada Yahudi sebagai tanda protes mereka dalam pembunuhan tuhan mereka. Oleh itu, sehingga sekarang Kristian masih bertelagah bersama Yahudi.

      Al-Quran telah mengatakan bahawa akan berlaku satu perlakuan yang pelik, ganjil dan membingungkan antara Yahudi dan Kristian. Iaitu mereka berdua bergabung tenaga untuk bersefahaman dan membentuk suatu pakatan misteri. Di dalam al-Quran melarang kita untuk menjalinkan hubungan persaudaraan sesama Kristian yang bergabung dengan Yahudi. Hal ini kerana Kristian yang bergabung dengan Yahudi merupakan satu pakatan misteri yang berlaku di Eropah. Pakatan inilah yang menjadi nadi terhadap pergerakan Freemason(tentera Dajjal). Itulah menjadi sebab mengapa al-quran mengharamkan kita daripada menjalinkan hubungan dengan pakatan tersebut. Tetapi sekiranya kita masih menjalankan hubungan dengan mereka, maka keIslaman kita akan luntur. Tetapi peringatan itu telahpun diingatkan oleh Allah 1400 tahun dahulu! Maha mengetahui lagi berkuasa Allah.
     
      Sudah wujudkan pakatan misteri ini? Ia sudahpun berlaku dan sudahpun ditubuhkan. Adakah kita hanya duduk bersembang mengenai gossip dunia walhal mereka sedang merancang menjatuhkan kita daripada belakang melalui konspirasi agung Dajjal? Konspirasi Dajjal hampir ke kemuncaknya. Pakatan ini dihantar ke dunia dengan nama TAMADUN BARAT MODEN.

      Yahudi dan Kristian tidaklah bersahabat dalam sejarah. Tetapi apa yang berlaku pada hari ini, mereka bergabung membentuk satu pakatan misteri.
Pelik sekali. Anda tahu mengapa mereka bergabung? Kerana mereka bukanlah Yahudi dan mereka bukanlah Kristian, tetapi mereka merupakan para penyembah syaitan yang diamalkan oleh pengamal sihir kuno Bani Israel terdahulu.


                  Antara simbol yang menjadi simbolik kekuatan Freemason.

        Tiang jumrah yang kita pelajari iaitu jumratul aqabah, wusta dan ula. Kita pelajari bahawa jumrah sebenarnya tempat berkumpulnya para syaitan dan itulah sebabnya jemaah hari melontar batu terhadap tiang-tiang ini.



 Tetapi di Vatican City, mengapa bangunan yang serupa bentuknya seperti jumrah-jumrah di Makkah dijadikan sebagai mercu tanda bandar raya itu?

Oleh itu, ambillah pengajaran daripada artikel ini dengan menyedari berapa banyak konspirasi yang telah ditaburkan di dunia ini untuk menyesatkan umat Islam. Semoga kita tidak terpesong daripada jalan Allah dan terus setia kepada-Nya.

Disediakan oleh:
MUHAMMAD ZULFADHLI B OTHMAN
(23 NOV 2010)

1 ulasan:

  1. Ulasan dan pemikiran yang sebenar..patut disebarkan ke seluruh dunia..boleh saye tahu di mana anda dapat video tu?saya mahu sharenye di blog saye..salam..

    BalasPadam