Rabu, 1 Jun 2011

HORMATI ORANG SOLAT!!


      Seperti kita tahu, solat itu merupakan tiang agama, siapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama. Solat sangat penting dalam kehidupan kita tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, jauh atau dekat, asalkan kita Islam maka solat itu adalah wajib.

     Bila orang solat tu, tolonglah hormat sedikit. Kan tengah berbicara dengan Yang Maha Esa. Tak kan nak bising. Bila orang dalam mesyuarat, semua orang hormat masa ketua atau orang tengah beri pendapat. Ni masa orang solat, tak kisah nak hormat atau tak. Jadinya orang-orang keliling bisinglah, berborak, ketawa dan sebagainya. Orang yang tengah berbicara dengan Allah pun terganggu. Elak-elak tengah beribadah, tak pasal-pasal marah.
  
      Sebenarnya saya nak berkongsi pengalaman solat saya. Ketika sedang solat isya' di surau, seekor kucing masuk ke dalam surau. Entah mana datang entah kucing malam-malam buta ni? Sebelum ni mana ada kucing. Biarlah dia.

     Bila bilal iqamat semua bangun masuk saf masing-masing nak solat isyak berjemaah. Imam pun angkatlah takbir "ALLAHUAKBAR". Tengah-tengah solat masuk kucing tadi. Yang ajaibnya, apabila dia lalu depan saya yang tengah solat, seboleh boleh dia menghimpitkan diri dia dengan dinding depan seolah-olah menjauhkan dari berada di hadapan saya. Saya bukanlah solat pandang kucing, tapi bila dia buat reaksi itu, saya sedikit terpegun terhadap Kesucian Allah.

      "KUCING TU JALAN SEBELAH DINDING. LANGSUNG TAK LALU DEPAN SAYA"

     Bila sedang tahyat akhir, kucing tadi sekali lagi lalu depan saya, dia pun menghimpitkan diri dia dengan dinding depan seolah-olah menjauhkan diri daripada berada di hadapan saya. Tak ada benda pun di depan saya, kenapa kucing tu nak himpit-himpit dekat dinding.

     Saya merasakan bahawa Allah sedang menunjukkan keagungan-Nya kepada saya. Lihat betapa hormatnya haiwan Allah kepada orang yang sedang solat. Inikan lagi manusia. Manusia sepatutnya lebih menghormati orang yang sedang solat kerana kita ada akal. Kucing tak ada akal. Tapi kenapa dia pandai hormat orang solat. Subhanallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan