Ahad, 30 Januari 2011

السلطان سيف الدين القتس

                                                    
KISAH KEJAYAAN SULTAN SAIFUDDIN MUZAFFAR AL-QUTUS MENYEKAT KEMARAAN MONGOL

     Kisah kejayaan Sultan Saifuddin AlQutus menyekat kemaraan Mongol dapat diungkapkan apabila beliau berjaya mengalahkan tentera Mongol. Beliau merupakan pemimpin Bani Mamluk pada abad ke 13. Sebelum ini, tentera maraan Mongol belum pernah dikalahkan oleh sesiapapun. Malahan pula, tentera pimpinan Abbasiyah-Seljuk turut tumpas apabila tentera Mongol mula menyerang Kota Baghdad.
     
     Sultan Saifuddin merupakan seorang pemimpin yang berkepimpinan. Beliau sanggup menggadai harta istananya termasuk harta para pembesarnya semata-mata untuk mengumpulkan dana bagi menyekat kemaraan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa tanpa mengenakan sebarang cukai terhadap rakyat. Turut berjihad, isterinya yang menyertai peperangan tersebut dan gugur syahid di Ain Jalut.

     Jasa beliau yang paling bermakna dalam sejarah islam ialah, beliau berjaya menumpaskan kemaraan tentera Mongol pimpinan Kitbuqa di Ain Jalut. Pada ketika itu, semua negara islam sudah ditawan oleh Mongol, kecuali Mesir, Andalusia, Madinah dan Makkah. Sultan Saifuddin mengisytiharkan perang antara tentera mongol dengan tenteranya pimpinan panglima Baibars. Pertempuran sengit berlaku antara kedua-dua belah pihak di Ain Jalut. akhirnya, kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Situasi ini menyekat kemaraan Mongol di Mesir seterusnya menghentikan serangan yang seterusnya.

     Sikap waspada Sultan Saifuddin telah membantu pihak Islam memenangi pertempuran di Ain Jalut. Beliau telah menghantar beberapa orang perisik dengan memerhati kelemahan tentera Mongol. Menyedari kekuatan tentera pimpinan Kitbuqa itu adalah tentera berkudanya, Sultan Saifuddin bersegera melengkapkan tentera kudanya dengan pelabagai senjata berat dan cara-cara menumpaskan tentera Mongol dengan pantas serta mudah. Keadaan ini berlaku kerana kekuatan tentera Mongol hanyalah terdapat pada pergerakan tentera berkudanya yang mempunyai senjata yang strategik dan ringkas.

      Selain itu, kebijaksanaa Sultan Saifuddin dalam mengatur startegi juga memepengaruhi kejayaan beliau dalam peperangan tersebut. Beliau mengarahkan sebahagian tenteranya berkumpul di medan peperangan manakala yang selebihnya diarahkan agar bersembunyi di sebalik pokok dan bukit. Tentera Mongol yang begitu mantap sekali akhirnya bertempur dengan tentera Sultan Saifuddin. Perasaan gementar tetiba menyelubungi jiwa tentera Mongol apabila tentera Sultan Saifuddin yang bersembunyi di sebalik pokok dan bukit tiba-tiba muncul dengan ramainya ke arah pertempuran tersebut. Pertempuran tersebut berjaya ditamatkan dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Kitbuqa turut terbunuh dalam peperangan tersebut. 

     Sifat dan keperibadian Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutus wajar kita sanjungi serta ikuti  agar menjadi umat Islam yang bertawakal dan cemerlang.
Sekian Wabillahitaufiq WalHidayah Min Muhammad Zulfadhli Othman.
30/Januari/2011


    



Tiada ulasan:

Catat Ulasan