Mari Bercerita

AL-QURAN SUMBER MANUSIA PERTAMA

Al-Quran itu bukan untuk dibaca ke ustaz?

Memanglah untuk dibaca. Tapi ingatlah kenapa Allah nak turunkan al-Quran kalau bukan sebagai panduan.

Ustaz, al-Quran tu macam buku rujukan ke?

Al-Quran memang sebagai buku rujukan. Tapi bukan manusia pengarangnya, ingat Allah yang menciptanya.

Kenapa Allah suruh kita hafaz al-Quran? 

Allah suruh kita hafaz al-Quran agar al-Quran itu tetap isinya.

Macam mana maksud dia tu ustaz?

Al-Quran, bila kita hafaz, musuh Islam tak berpeluang nak mengubah isi kandungan al-Quran kerana dah ramai yang menghafaznya. Kalau ada orang tukar, mesti tahfiz2 akan mempertikaikan penukaran tersebut. Lagipun Allah pun dah berfirman bahawa Dia akan menjaga al-Quran sebaiknya hingga ke hari qiamat.

Habis kitab-kitab lain macam zabur, taurat, dan injil ditukar sebab tak dihafaz ke?

Kemungkinan besar. Kerana musuh Allah pada dahulunya bukan sahaja dia memusuhi Islam, tapi dia semua pun memusuhi agama-agama Allah yang dibawa oleh nabi-nabi lain. Contohnya, Agama Nasrani (Kristian) dan Agama Yahudi. Dahulunya agama-agama ini merupakan agama samawi yang mana mereka menyembah Tuhan Yang Maha Esa iaitu ALLAH. Tetapi apabila musuh Allah merosakkan kitab-kitab pegangan terdahulu, maka agama-agama Yahudi dan Nasrani turut dipesongkan. Tulah sebab Allah suruh kita hafaz al-Quran agar kita tak dipesongkan.

Habis tu, musuh-musuh Islam tak boleh rosakkan al-Quran ke?

Jika Allah berfirman mengatakan di dalam dalil-Nya tidak, maka tidaklah jawapan-Nya. Oleh itu, musuh Islam tidak akan berdiam diri walaupun al-Quran tidak boleh dirosakkan. Malahan mereka akan berusaha merosakkan akhlak orang-orang Islam dengan membuatkan kita menjauhi al-Quran dan Sunnah seterusnya mendorong kita menjauhkan diri daripada Allah.

Ooh, gitu ya ustaz. Baru saya faham kenapa al-Quran disuruh hafaz.