Isnin, 31 Januari 2011

HAIKAL SULAIMAN (TEMPLE OF SOLOMON)

HAIKAL SULAIMAN (KUIL SULAIMAN)

     Haikal Sulaiman. Mesti sekali kita mengetahui mengenai Haikal Sulaiman. Itu merupakan binaan yang telah dicipta oleh Nabi Sulaiman pada 960 S.M. Walau bagaimanapun, 370 tahun kemudian tentera Babylon telah datang ke Baitulmaqdis dan meruntuhkan Haikal Sulaiman. Setelah itu, tentera Parsi pimpinan Cyprus telah datang ke Baitulmaqdis dan melakluki kota tersebut. Mereka membangunkan semula Haikal Sulaiman.


     Pada 70 M pasukan tentera Kerajaan Rom telah datang ke Baitulmaqdis dan menawan kota tersebut. Rom telah menghancurkan kembali Haikal Sulaiman separas dengan tanah. Hari demi hari berlalu, semangat orang yahudi dalam membangunkan kuil itu semakin membara. Di dalam kitab torrah (kitab taurat) menerangkan bahawa di situlah lahirnya Messiah (pembela) dan di situlah tempat pusat dunia. Mereka memerlukan persediaan tersebut demi menyambut kedatangan Messiah.


     Rancangan mereka telah disusun, ketika gerakan Zionisme Antarabangsa yang diadakan di Bassel, Switzerland, seorang paderi besar yahudi, Theodore Hertzl telah menyeru kepada seluruh kaum yahudi dunia agar kembali ke tanah Palestine.
                                                                    Theodore Hertzl

    Mereka menganggap untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa kerana mereka tiada pilihan lain untuk dibuat terhadap Masjid Al-Aqsa memandangkan Haikal Sulaiman mesti dibina di atas tapak yang sama. 


     Dengan fahaman Yahudi yang semakin tersasar jauh daripada Kitab Taurat, mereka meyakini bahawa sayu hari nanti akan datang seorang Messiah (pembela) yang memimpin kaum Yahudi dan memerintah dunia. Inilah sebabnya mengapa mereka merebut kembali tanah Baitulmaqdis daripada orang islam.


     Mereka yakin bahawa haikal Sulaiman mesti dibina demi menyambut kedatangan Messiah (Al-Masih). Tetapi bagi Yahudi yang menolak Zionisme, mereka memercayai bahawa satu hari nanti Messiah sendiri yang akan datang dan memimpin pembangunan Haikal Sulaiman sehingga menjadi pusat pemerintahan dunia (One World Order).

     Setakat ini sahaja pengarangan saya, harap jika mempunyai kesalahan sila maklumkan kepada saya.


Sekian, Wallahu'alam. DARIPADA MUHAMMAD ZULFADHLI OTHMAN (31.JAN.2011)


    

    

    
     

Tiada ulasan: