Ahad, 12 Disember 2010

Kerajaan Islamiyah

 
JEJAKI SIRAH ISLAMIYYAH

Seperti yang kita pelajari bahawa Nami Muhammad S.A.W telah menubuhkan negara Islam pertama di Yathrib(Madinah) pada 622 M. Seperti mana usaha baginda beserta para sahabat pada mulanya berhijrah daripada Makkah ke Madinah. Baginda bersama kaum Muhajir berhijrah dari Makkah ke Madinah dengan melakukan pelbagai pengorbanan antaranya ialah, Muhajirin sanggup meninggalkan kampung halaman mereka, keluarga mereka, isteri mereka dan harta-harta mereka di Makkah. Rasulullah berhijrah bersama golongan Muhajir ini ke Madinah untuk menubuhkan kerajaan Islam di Madinah setelah Makkah berada dalam kekuasaan Kafirun Quraisy Makkah. Kaum Ansar(Penduduk Madinah) menyambut rombongan baginda diiringi dengan paluan kompang dan selawat. Penduduk Madinah mudah untuk memeluk agama Islam atas sifat yang terbuka yang dikurniakan kepada mereka. Pada 622M, Madinah diisytihar negara yang diperintah oleh orang Islam. Usaha baginda berterusan hingga membuka Kota Makkah dan mengisytiharkannya sebagai negara Islam selepas Madinah Munawwarah. Usaha baginda diteruskan oleh para Khulafa' Arrasyidin(S.Abu Bakar, S. Umar, S. Uthman, S. Ali) setelah kewafatan baginda. Semasa zaman pemerintahan Khulafa' Arrasyidin ini, banyak negara ditakluki dan diisytiharkan sebagai negara Islam seperti Rom, Parsi dan Byzantine. Contohnya semasa pemerintahan Abu Bakar, beliau mengetuai dalam ekspidisi ke Syria bagi menentang golongan Murtad. Pada 633 M Al Quran mula dikumpulkan. Pada 634 M, S. Abu Bakar wafat dan digantikan dengan S. Umar. Beliau mengetuai aktiviti penaklukan Damsyik dan menakluki Parsi. 635 M, S. Umar telah berjaya menjajah Kota Madain, Ibu Kota Parsi. Pada tahun 636 M, S. Umar berjaya menakluki Empayar Mesopotamia, Syria dan Palestin. Pada Tahun 637, Empayar Mesir berjaya ditakluki oleh Kerajaan Islam. Pada 638 M, Baitulmaqdis berjaya ditakluki oleh Umar. Pada 644 M, S. Umar syahid dibunuh. S. Uthman menggantikannya. Afrika Utara beserta Kerajaan Cyprus
berjaya menjadi taklukan Islam. Angkatan tentera laut ditubuhkan dan aktivis mula dilakukan dengan kempen menentang Empayar Byzantin. Pasri Sassanid berjaya ditumbangkan. 656 M, S. Uthman syahid dibunuh oleh pemberontak. S. Ali mengambil alih pemerintahan. Perang Jamal tercetus dan membuatkan beliau memindahkan pusat pentadbiran Islam dari Madinah ke Kuffah. Pada tahun yang sama perang Suffin tercetus. Negeri Yaman dan Hijjaz berjaya ditakluki semula daripada Mu'awiyyahh. Setelah itu, S. Ali wafat dibunuh semasa pemberontakan bergolak. Pentadbiran dianugerahkan kepada anak S. Ali(cucu Rasulullah) S. Hassan. S. Hassan berkuasa dengan pusat pemerintahan di Kuffah manakala Mu'awwiyyah pula mengisytiharkan beliau sebagai khalifah di Damsyik. Angkatan antara S. Hassan di Kuffah dengan angkatan Mu;awwiyyah di Damsyik bersedia untuk menjalani pertempuran besar bagi menguasai Daulah Islamiyyah. Mu'awwiyyah menarik balik serangan tersebut dengan mencadangkan kepada S. Hassan untuk berunding. Mu'awwiyyah menawarkan dirinya sebagai khalifah seterusnya dengan memohon kepada S. Hassan agar S. Hassan memberikan kedudukannya sebagai khalifah kepada Mu'awwiyyah. S. Hassan bersetuju dan memberikan kedudukannya kepada Mu'awwiyyah berikutan keadaan umat Islam yang berada dalam keadaan yang sangat berpecah. Mu'awwiyyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah seterusnya menubuhkan kerajaan Bani Umayyah bersempena nama keluarganya pada tahun 661 M. Kerajaan taklukan Islam dibawah pentadbiran Keluarga Umayyah. Siri penaklukan diteruskan lagi oleh Mu'awiyyah iaitu Khalifah pertama dalam Bani Umayyah. Penaklukan terhadap Afrika Utara dan Kabul pada tahun 670 M. Pada tahun 677 M, penaklukan ke atas Kota Samarkand dan Tirmiz berjaya dijalankan. Pada tahun yang sama, serangan yang dilakukan oleh tentera Islam terhadap Kostantinopel berlaku. Mu'awwiyyah meninggal dan digantikan dengan pemerintahan Yazid I. Pada 711 M, penaklukan terhadap Traxosiana, Sind dan Sepanyol berlaku. Pada tahun berikutnya Multan berjaya ditakluki. Pada 716 M, serangan terhadap Kostantinopel berlaku. Khalifah Umar Abd Aziz melakukan pembaharuan dalam pentadbiran Umayyah. Tentera Islam menakluki Nimes, Perancis. Kejatuhan tentera Umayyah di Iraq, Kuffah ke tangan Kerajaan Abassiyah. 750 M, Damsyik (Ibu Kota Pusat Kerajaan Umayyah) tumbang ke tangan Bani Abassiyyah. Keruntuhan Daulah Umayyah. Kerajaan Abassiyah memuncak dengan menggantikan Emp. Umayyah pada 752 M. Meskipun kerajaan Umayyah sudahpun tumbang, pada tahun 756 M, Ab Arrahman menubuhkan semula kekuatan Umayyah di Sepanyol. Pada tahun 763 M, Kota Baghdad ditubuhkan oleh Bani Abbassiyyah. Tentera Abasiyyah di Sepanyol tumbang setelah kebangkitan revolusi Bani Umayyah di Sepanyol. Pada tahun 792 M, serangan ke atas Perancis dilakukan. Pada 800 M, ketamadunan ilmuwan dalam kalangan khalifah Islamiyyah tercipta. Pada 814 M, perang saudara antara Al-Amin dengan Al-Ma'mun tercetus. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah. Pada 1000 M, Masjid Besar Cordoba di negeri Andalusia, Sepanyol siap dibina. Pada tahun 1055 M,Baghdad ditawan oleh tentera TurkiSeljuk. Bermula era Pemerintahan Abassiyah-Seljuk. Pada 1085, tentera Kristian menawan Toledo, Sepanyol. Pada 1091 pemerintahan Khalifah Muslim di Sanaa tamat setelah Bangsa Norman menawan Sicily. Perang salib I berlaku pada 1095M. Baitulmaqdis ditawan oleh Tentera Salib pada 1099M. Pada 1144M, Nuruddin Zengi menawan Kota Edessa daripada Kristian. Perang Salib II berlaku. Pada 1187 M,  tentera pimpinan Salehuddin Al-Ayyubi berjaya menawan semula Baitulmaqdis daripada tentera salib. Perang Salib III berlaku. Tentera Salib lari ke Eropah dan berlakunya revolusi penggulingan Raja-raja Eropah dan pihak gereja oleh pihak tentera Almasihuddajal. Pada 1194 M, tentera Khalifah Muslim menawan Delhi. Sekian lama menjelma, pada tahun 1236 M, Cordoba,Sepanyol ditawan oleh tentera Kristian. Pada tahun 1258, tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Berakhirnya pentadbiran Bani Abasiyyah-Seljuk. Pada 1260 M, kebangkitan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pentadbiran Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah dan Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutus berjaya menewaskan tentera Mongol dalam peperangan di Ain Jalut.

Perkembangan Daulah Uthmaniyyah..
Pada 1243 M, masyarakat Turki yang hidup secara nomad mula menetap secara tetap di Asia kecil. Pada 1299, kerajaan kecil Turki Sejuk ditubuhkan di barat Anatolia. Pada 1301 M, Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Terbentuknya kerajaan Bani Uthmaniyyah di Turki. Pada 1389 M, Tentera Uthmaniyyah menawan Serb di Kosovo. Pada 1402, Timurlane, Raja Tartar(mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara, Turki. Pada 1451, Sultan Muhammad Al-Fateh menjadi pemimpin Uthmaniyyah. Pada 1453 M, Kota Kostantinopel ditawan oleh tentera islam bawah pimpinan Sultan Muhammad Al-Fateh. Dalam masa yang sama berakhirnya pemerintahan Byzantin. Pada 1520, Sultan Sulaiman AlQanuni menjadi sultan. Pada 1526, Perang Mohacs tercetus. Pada tahun 1529, tentera Uthmaniyyah mengepung Kota Vienna. Pada 1641 M, Sultan Muhammad IV menaiki takhta. Pada 1683 M, serangan ke atas Vienna kali kedua. Pada 1687 M, Sultan Muhammad IV mangkat. Pada 1703 M, pembaharuan dilakukan oleh Sultan Ahmed III. Pada tahun 1798, Napoleon cuba menyerang Mesir. Pada 1822 M, bermulanya perang kemerdekaan Greece dimana warga Greece ingin melepaskan diri daripada pentadbiran Islamiyyah. Pada tahun 1826 M, pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari milik Turki. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino. Pada 1853, Perang Krimea I tercetus dimana, Rusia melawan pihak Perancis, United Kingdom, Kerajaan Sardinia dan Bani Uthmaniyyah. Pada 1856 M, Perang Krimea II berlaku. Pada 1878, kongres Berlin, Serbia dan Montenegro diberikan kemerdekaan. Pada tahun, 1908 M, Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Pada 1912 M, Perang Balkan I tercetus di mana tentera Serb, Bulgaria, Yunani dan Montanegro bersatu menyerang Bani Uthmaniyyah. Pada 1913 M, Perang Balkan II tercetus. Pada tahun 1914 M, Emp.Uthmaniyyah menjadi sekutu tengah dalam peperangan Perang Dunia I. Pada 1919, Mustafa Kemal At-Tartuk mendarat di Samsun. Sultan terakhir Bani Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II digulingkan atas pengkhianatan Mustafa Kamal At-Tartuk. Sistem kesultanan dan pemerintahan secara islamiyyah dihapuskan. Berakhirlah sistem pentadbiran monarki Islamiyyah di atas muka bumi ini dan digantikan dengan sisitem kerajaan berpelembagaan yang diperkenalkan oleh kuasa dunia. Republik Turki diasaskan pada 29 Oktober 1923. Mustafa Kamal AtTartuk merupakan pengkhianat agama. Dalam sejarah Islam, Mustafa di"blacklist"kan dengan gelaran pengkhianat Islam. Tetapi lain pula sejarah tafsiran orang barat, yang mana mereka katakan Mustafa AtTartuk merupakan tokoh dunia yang wajar disanjungi. Apakah itu tokoh atau pengkhianat jika Mustafa AtTartuk tidak diterima bumi?

Dikarang dan Diekstrak Oleh:
Muhammad Zulfadhli Othman
10.20 a.m- 2.30 p.m.(12 DIS 2010)

3 ulasan:

  1. salam...
    makasih ya atas input2 nya....lame tol mngarang...ke copy n paste je...hehe....

    BalasPadam
  2. Amboi...aq tulis sumer ni mcm nk pch kpale na...
    Aq ade ambik sumbr internet..tp lngsong x copy and paste yeee..

    BalasPadam
  3. x tidur brpe hari dah ni mengarangnya??..hehe..mmg btul ade dalam internet ini..ade sikit butiran2 yang menyerupai dalam internet..huhu

    BalasPadam