Sabtu, 29 Januari 2011

Detik-Detik Akhir Kejatuhan Uthmaniyyah


                                                Daulah Uthmaniyya                                               


             

Pada detik 3 Mac 1924 ( 28 Rejab 1342), dunia dikejutkan dengan pengumuman Mustafa Kamal Attaturk yang mengumumkan bahawa sistem Khulafa Islamiyyah dihapuskan. Sultan terakhir Khalifah Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II telah dipaksa untuk mengemas barang-barangnya dan diusir dari Turki.Kejadian tersebut berlaku pada malam hari. Baginda

diarahkan untuk menaiki kenderaan yang disediakan lalu menuju ke stesen kereta api untuk meninggalkan Turki. Sultan Abdul Majid hilang tujuan dan mula meluahkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.



     Lontaran batu dilemparkan ke arah poster Sultan Abdul Hamid II. Apakah yang sudah terjadi? Mengapa muka Mustafa Kamal Attaturk diagung-agungkan dunia? Ditampal posternya di sana sini sambil mengucap ucapan "IN LOVING MUSTAFA ATTATURK". Mengapa muka Khalifah Abdul Hamid dilemparnya dengan batu? Tidak faham lagi membingungkan. 
     Sultan Abdul Hamid menghabiskan banyak wang dan harta demi membangunkan 
Ummah bagi bersatu dalam                                                           
pembangunan khalifah. Fakta ini diputarbelitkan oleh 
barat dengan mengatakan bahawa baginda sultan telah menghabiskan banyak wang dan menjalankan pemerintahan dengan kuku besi. Padahal kesemua harta tersebut hanyalah untuk membangunkan ummah Islam yang kian berpecah. Barat membelitkan lagi keadaan dengan menghantar Mustafa Kamal AtTaturk dan mengatakan bahawa Mustafa adalah penyelamat Turki. Mustafa menggulingkan pemerintahan Khalifah iaitu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Hamid II. Maka ramai rakyat terpecaya dengan barat, bahawa dengan tumbangnya Khalifah Abdul Hamid II, maka tamatlah segala pembaziran dan pemerintahan diktator kekhalifahan.
Itu semua salah sahaja! Mustafa bukan penyelamat, tetapi pengkhianat! Konspirasi barat telah berjaya menutup mata sebahagian besar umat Islam Turki dengan usaha daya Mustafa AtTaturk.



     Maka dengan itu, tamatlah sistem pemerintahan Mulkan 'Adlan (pemerintahan monarki daulah Islamiyyah) yang sudah mentadbir dunia selama 1342 tahun. Kita belajar bahawa sistem terakhir daulah islamiyyah merupakan Uthmaniyyah, oleh yang demikian, setelah habisnya Daulah ini, maka tamatlah pemerintahan yang dijalankan oleh mukmin sejati. Tiada galah ganti yang menggantikan pemerintahan kekhalifahan selepas Uthmaniyyah.

     Setelah tamatnya Uthmaniyyah, maka muncullah pemerintahan Mulkan Jabariyah (pemerintah yang sombong dan bongkak bermaharajalela di dunia ini). Pada tahun 1924, Turki diisytiharkan sebagai negara yang merdeka. Ini menandakan tiada lagi khalifah yang berkuasa terhadap bumi Turki. Mustafa Kamal AtTaturk menjadi pemimpin Turki yang petama.

     Kemerdekaan Turki diumumkan, kerana termeterainya perjanjian Lausancce. Perjanjian ini sebenarnya salah satu usaha British untuk meruntuhkan kerajaan Uthmaniyyah. Perjanjian ini juga ditandatangani antara Lord Curzon Quotes dengan Mustafa kamal AtTaturk. Kandungan perjanjian ini ialah :


1. Kerajaan Daulah Islamiyyah mestilah dihapuskan.
2. Pengusiran khalifah dari Turki.
3. Merampas harta-harta khalifah.
4. Menukarkan kerajaan Turki daripada pemerintahan Khalifah kepada Sekular (republik).
     
     Walaupun telah termeterainya perjanjian itu, sebahagian besar umat islam masih berharap kepada kuasa khalifah. Mereka tidak menyangka bahawa khalifah yang melayani mereka dengan baik dan bertimbang rasa akhirnya runtuh ke tangan pengkhiat agama. Usaha Lord Curzon menemui kegagalan sekali lagi apabila tidak mendapat sokongan daripada golongan muslimin. Lord Curzon masih tidak mengalah dengan menjalankan penghapusan khalifah secara berkesan. Dia memikirkan bahawa hanya dengan penghapusan khalifah, tidak mustahil Muslimin akan bangkit semula dan menubuhkan Daulah Khalifah yang baharu. Oleh itu, dia memberikan kemerdekaan kepada Turki dan menguasai tanah Arab yang lain. Tanah Arab kemudiannya diagihkan kepada British dan Perancis. Contohnya, Arab Saudi dikuasai oleh British, manakala Libya dikuasai oleh Perancis. Hal ini kerana, Lord Curzon ingin memecahbelahkan negara-negara ini daripada bersefahaman sesama sendiri. Dengan pengagihan negara dan pengasingan negara, negara-negara islam ini tidak akan bersefahaman dan bersatu. Itu merupakan tindakan seterusnya yang dilakukan oleh Lord Curzon untuk mengelakkan daripada Muslimin terus bersatu.

    Sebenarnya, musuh islam telah beberapa kali berusaha keras untuk meruntuhkan kerajaan Islamiyyah. Usaha pertama dijalankan oleh Urbanus II yang mana melakukan serangan perang salib I pada abad ke 11. Perang ini dilakukan bagi merampas tanah suci Baitulmaqdis. Setelah 200 tahun meneraju di sana, tentera salib berjaya dikalahkan oleh tentera pimpinan Salehuddin Al-Ayyubi.  Setelah kota Vienna dikepung oleh tentera Islam, musuh islam leri ke Eropah dan menubuhkan perikatan bagi menghentikan proses pengembangan khalifah di Eropah. Pada detik inilah bermulanya permusuhan antara tentera salib dengan islam. Pelbagai perancangan yang disusun bagi meruntuhkan Daulah Islamiyyah.

     Menyedari bahawa kekuatan Daulah islamiyyah bepegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mereka menubuhkan pasukan mubaligh kristian yang berpangkalan di Malta. Setelah itu, mubaligh tersebut secara liciknya menyerap masuk dalam kalangan Islamiyyah. Sejak itulah bermulanya tradisi barat yang diserap masuk ke dalam dunia islam yang disampaikan oleh mubaligh Amerika, Britain dan Perancis.

    Mereka juga mewujudkan satu dasar yang mana merangkumi aspek pendidikan. Dasar ini dilakukan agar umat islam mula mempelajari sesuatu itu sehingga mencapai ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada masa yang sama, pendidkan tersebut semakin bertentangan dengan syariat Islam. Setelah itu, para mubaligh itu pun menjalankan konspirasi yang seterusnya, yang mana mereka membuat persilihfahaman antara Kristian dan Druze. British berpihak kepada Druze dan Perancis berpihak kepada Kristian. Dengan ini, pihak Kristian akan bertengkar dengan Muslim. Persalahfahaman ini mempunyai dua agenda utama :

1. Memisahkan orang arab dari Uthmaniyyah.
2. Membuatkan Muslimin berasa terasing apabila bercampur dengan Khalifah uthmaniyyah.

                          Lawrence Of Arabia                      Emir Faisal I

     Dalam masa yang sama, para nasionalis juga berperanan bagi meruntuhkan Daulah Uthmaniyyah. Antaranya ialah, Thomas Edward Lawrence yang menghasilkan beberapa penulisan yang menuduh bemacam-macam fitnah terhadap Daulah Uthmaniyyah. Akhirnya dia dianugerahkan gelaran Lawrence Of Arabia. Dia yang menyebarkan ideologi-ideologi yang bersifat nasionalisme telah membuatkan orang arab terpengaruh dengan agenda dan konspirasinya. Nasionalisme diwujudkan bagi menimbulakn perasaan cinta kepada perpecahan sesama sendiri. Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah juga menjadi lemah kerana sikap berpaling tadah pemimpin arab Emir Faisal I terhadap khalifah Uthmaniyyah. Faisal bersetuju dengan British terhadap Deklarasi Balfour. Deklarasi ini menyentuh isu tentang pemberian  sebahagian tanah suci Palestin kepada persatuan Zionis. Setelah deklarasi itu dilaksanakan, zionis diberi tempat untuk menghuni di bahagian Palestin. Zionis mula mendiami Palestin pada 1946.








Tanah Palestin semakin mengecil....


     


Mengimbas kembali detik pengusiran Sultan Abdul Hamid II, pada malam 3 Mac 1924, seorang yahudi bernama Emmanual Carasso, diiringi oleh beberapa ahli pentadbir khalifah datang ke istana Yazid iaitu tempat penghunian Sultan Abdul Hamid. Sultan Abdul Hamid memarahi para pentadbir tersebut kerana membawa Carasso bersama. Baginda sebenarnya sudah mengetahui bahawa Carasso itu merupakan pengkhianat. Pentadbir tersebut menerangkan kepada baginda bahawa Carasso ingin membeli Tanah Suci Palestin bagi membuat tempat pendudukan orang Yahudi. Namun begitu, Sultan Abdul Hamid tetap dengan pendiriannya tidak akan menjual tanah itu walaupun kepada mereka yang ingin membuat konsesi terhadap tanah tersebut. Yahudi tersebut meningkatkan lagi wang pampasan tersebut kepada Sultan Abd Hamid agar baginda tidakmenolak mentah-mentah terhadap pembelian tanah Yahudi. Baginda tetap menolak tawaran tersebut dan enggan memberikan tanah Palestin kepada Yahudi tersebut.Tindakan baginda telah membuatkan kemarahan orang Yahudi. Baginda Abdul Hamid dihilangkan takhtanya dan diarah agar mengemas harta-harta baginda serta keluar dari bumi Turki.

     Maka dengan itu, khalifah terakhir sudahpun diusir. Oleh yang demikian, Daulah Islamiyyah mula tumbang dan tiada penggantinya. sejak itu, British membayar semua kerjasama Mustafa Kamal AtTaturk dengan melantiknya menjadi presiden republik Turki yang pertama.

     Dalam pentadbiran Mustafa AtTaturk, dia menjalankan beberapa perubahan terhadap Turki. Antaranya ialah, menukarkan tulisan rasmi kerajaan daripada tulisan arab kepada tulisan rumi. Bahasa arab dan tulisannya turut dihapuskan dari kerajaan republik tersebut. Pengaruh khalifah di Turki semakin luntur apabila semangat tersebut mula dipadamkan oleh Mustafa kamal.


Dikarang oleh :
Muhammmad Zulfadhli b Othman
(29/1/2011)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan