Selasa, 15 Mac 2011

ILMU FALAK




Astronomi (terbitan perkataan Yunani, astron (ἄστρον), "bintang", dan nomos (νόμος), "hukum") merupakan satu bidang pengajian saintifik berkenaan jasad samawi (seperti bintang, planet, komet dan galaksi) dan fenomena yang terjadi di luar atmosfera Bumi (seperti sinaran kosmik latar belakang). Ia melibatkan evolusi, fizik, kimia, meteorologi dan pergerakan jasad samawi, tidak ketinggalan juga pembentukan dan pembangunan alam semesta.

Falak (terbitan perkataan Arab, falak (فلك) “langit” atau “orbit”) merupakan kajian umum tentang alam semesta terutamanya objek-objek yang berada di langit. Ilmu falak dalam Islam lebih memfokuskan penggunaan ilmu dan teori astronomi dalam kehidupan seharian terutama sekali soal ibadah syariah dan pengurusan takwim hijri.


Alam semesta pula ditakrifkan sebagai segala yang wujud secara lahiriah; keseluruhan ruang dan masa, segala bentuk jirim, tenaga, momentum, dan pekali serta hukum fizik yang menguasainya.

Anggaran terkini melalui cerapan astronomi menunjukkan bahawa usia Alam Semesta ini adalah 13.73 (± 0.12) bilion tahun, dan garis pusat Alam Semesta yang tercerap (yang 'terlihat' setakat kini) adalah sekurang-kurangnya 93 bilion tahun cahaya, atau 8.80 × 1026 meter.

Rasulullah Bersabda :
Kajilah ilmu Falak itu hanya untuk pedoman. Sesudah itu, cukuplah mengkaji Falak!

Maksudnya, Rasulullah hanya menyuruh kita untuk mengkaji Ilmu Falak itu hanya sebagai pedoman dan iktibar untuk kemudahan kehidupana manusia. Oleh itu, Rasulullah melarang kita daripada terus mengkaji Falak yang mampu merosakkan akidah seseorang. Maksud ungkapan itu ialah, Ilmu Falak hanya sebagai pedoman sahaja. Untuk kemudahan kehidupan. JANGAN kaitkan Falak dengan kehidupan manusia. Kerana perkara itu bakal merosakkan akidah seseorang.

Salah satu contoh Falak yang dikaitkan dengan kehidupan ialah Astrologi. Ilmu ini merupakan gabungan Ilmu Astronomi, (Astronomi+Sifat manusia=Astrologi).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan