Rabu, 1 Jun 2011

Tanah suci Makkah Destinasi Muslimun...

MAKKAH DESTINASI ORANG ISLAM


      Sebut mengenai Makkah, teringat akan Ka'abah. Bangunan petak hitam yang berada di dalam Masjid al-Haram. 

      Teringat pula kisah seorang non-muslim jumpa dengan seorang muslim di restoran yang sedang menyiarkan astro oasis. Orang non-muslim 2 pun bertanya kpd muslim yg sedang minum di sebelahnya,

NON-MUSLIM : Tumpang tanya encik, dari dulu saya nak tanya, kenapa orang Islam sembah bangunan hitam tu?

MUSLIM          : Oh, benda dekat tengah2 tu. Kita bukanyya sembah benda 2. Tapi kita sembah tuhan iaitu ALLAH berpandukan arah ka'abah itu.

NON-MUSLIM : Tapi, kalau saya fikir, tuhan kamu mesti ada dalam ka'abah itu, betulkah?

MUSLIM          : Kamu tersalah tafsir mengenai Islam. Allah itu Maha Tinggi Lagi Maha  Berkuasa. Allah tidak tinggal di dalam Ka'abah. Dia tinggal dekat sidratulmuntaha (langit ke tujuh).

NON-MUSLIM : Oooh. Tuhan kamu tak tinggal dalam itu la. Tapi Ka'abah itu saya masih kurang faham mengenainya.

MUSLIM           : Macam ginilah. Awak penah tengok bola x? Dari tv.

NON-MUSLIM : Penah2.

MUSLIM           : Ha.. bagus2.

NON-MUSLIM : Apa kena mengena dengan bola pulak?

MUSLIM           : Tak..macam ni, awak penah tengok bola kan. Bola kan disiarkan dari tv. Jadi
awak tengok bola dari tv tu sama kan dengan bola yang berlangsung sebenarnya.

NON-MUSLIM : Mestilah sama.

MUSLIM           : Jadi, cuba awak buka dalam tv itu ada apa?

NON-MUSLIM : Ada wayar, litar elektronik dan macam2 lah wayar berselirat.

MUSLIM           : Ha, samalah dengan Ka'abah. Kalau awak buka dalam Ka'abah dalamnya cuma ada lampu2, tiang dengan pintu. Orang Islam hakikatnya bukan  menyembah Ka'abah, tetapi kita jadikan Ka'abah sebagai arah kita untuk menyembah Allah. Samalah seperti tengok bola dekat tv, kita tengok bola, bukan tengok tv alat2, kalau tengok tv mesti kita tak tengok bola. Kita akan fikir cantiknya tv ni, bukannya bola tu yang kita tonton. Betultak?

NON-MUSLIM : Betul. Ooh, baru saya faham kenapa orang Islam sembahyang menghadap 
Ka'abah.


Oooh, patutlah Orang Islam menghadap Ka'abah kalau solat. Ka'abah macam tv lah kan?

Atok : Lebih kuranglah. Kalau kita tengok, peminat bola akan berebut-rebut nak pergi ke barisan hadapan kalau tengok tv. Mereka nak tengok dengan lebih jelas dengan penuh 
penghayatan masa bola berlangsung.

Samalah seperti orang Islam di sana, patutlah mereka berebut-rebut nak pergi ke saf yang paling hadapan, mereka nak bersiaran langsung dengan Allah rupanya. Atok, kenapa orang dekat sana masa sembahyang je, ada yang menangis?

Atok : Ooh. Kalau kita tengok bola dengan penghayatan, kita mesti akan terjerit-jerit 
"GOL!".asik menjerit-jerit "GOL!" je. Tapi kalau kita solat, kalau penuh penghayatan iaitu khusyuk, kita akan rasa tenang, dan merasakan Allah berada bersama kita. Mereka berasa Allah sedang lihat mereka, Allah berbual dengan kita mengenai masalah kita. Tulah mereka menangis, mereka sebelum ini tak pernah merasai ada sesuatu yang mendengar aduan mereka dengan penuh kesungguhan. Tetapi bila mereka sembahyang, mereka sedar bahawa Allah sedang mendengar rintihan hamba-Nya.

Umm..tenangnya solat. Beslah kalau dapat berbicara dengan Allah. 

Atok : Betul3.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan