Isnin, 27 Disember 2010

MISTERI ALAM MELAYU.



MISTERI ALAM MELAYU.

 Sudah tentu kita mengetahui mengenai sejarah asal usul Melayu. Kebanyakan bangsa Melayu tinggal di kepulauan Melayu ataupun Nusantara. Tamadun Melayu merupakan antara tamadun yang dikenali di seluruh dunia kerana kekayaannya tentang sejarah silam. Walau bagaimanapun, sejarah Melayu bukan itu sahaja. 
Ramai yang mengatakan bahawa bangsa Melayu pada dahulunya menggunakan tulisan jawi sebelum pengaruh tulisan Rumi diserap masuk ke dalam alam Melayu. Sebenarnya, sebelum tulisan Jawi, Bangsa Melayu juga mempunyai tulisan tersendiri. Bangsa Melayu dahulu menggunakan tulisan palava, kumi dan rencong yang mana tulisan tersebut merupakan tulisan yang digunakan sebelum kedatangan tulisan jawi dan rumi.

         Selain itu, para pengkaji sejarah juga mengatakan bahawa terdahulunya orang Melayu hanya mempunyai undang-undang mulut, iaitu undang-undang lisan tiada undang-undang bertulis. Sebenarnya, Bangsa Melayu terdahulu sudah mencipta undang-undang bertulis terhadap mana-mana hukuman yang telah ditetapkan.

Pelbagai misteri mengenai kebudayaan dan ketamadunan Melayu sepatutnya kita bongkari meskipun kita sudah dilahirkan sebagai anak Bangsa Melayu. Sesungguhnya, pelbagai rahsia dan misteri yang masih belum kita jelajahi mengenai alam Melayu ini.

Penduduk Moscow di Rusia, sudah banyak mempelajari mengenai sejarah, kebudayaan dan ketamadunan Melayu sehinggakan mereka mengatakan "Saya ingin menjadi Orang Melayu". Bagaimana ini boleh terjadi? Mereka ingin menjadi orang melayu? Apakah terlalu istimewa terhadap bangsa Melayu? Sebenarnya ada rahsia mengenai MELAYU yang mereka ketahui sedangkan kita tidak tahu mengenainya. Betapa hebatnya Bangsa Melayu jika kita lihat. Mereka yang berada jauh dari Tanah Melayu merasakan dirinya sebagai Orang Melayu. Sedangkan kita di sini tidak mahu menjadi Orang Melayu Yang Hebat. Mereka mengkaji mengenai Melayu dan mengatakan bahawa Bangsa Melayu merupakan bangsa yang hebat. Mereka pelajari pelbagai benda mengenai Melayu antaranya ialah kebudayaan Melayu, ketamadunan dan kehebatannya. 

Seperti Islam, mengapa Islam ditindas. Hal ini kerana mereka yang menindas Islam mempercayai bahawa Islam ini merupakan agama yang utuh, mantap dan hebat. Sekiranya mereka membiarkan Islam membangun, nescaya mereka akan ditadbir oleh Orang Islam. Tetapi mereka tidak menginginkannya. Oleh itu mereka menindas orang Islam.

Seperti Melayu juga, mengapa ada sahaja yang ingin menindas dan memulaukan Melayu? Kerana mereka mempercayai bahawa orang Melayu merupakan suatu bangsa yang hebat, mantap dan utuh. Sekiranya mereka membiarkan Melayu terus membangun, nescaya mereka diperintah oleh orang Melayu. Tetapi mereka tidak menginginkannya. Oleh itu mereka menindas orang Melayu dengan mendedahkan pelbagai masalah sosial yang melampaui batas ke atas orang Melayu agar Melayu rosak dan tidak lagi berguna dalam kehidupan ini. Di samping itu, mereka juga menuduh Melayu merupakan suatu golongan yang gagal untuk bersatu dan maju. ITU SEMUA SALAH! Percayalah, mereka yang sengaja merosakkan Melayu itu merupakan mereka yang gentar terhadap keutuhan dan perpaduan Melayu. Tetapi sebaliknya kepada mereka yang menyokong dan menyayangi Melayu, mereka merupakan golongan yang hebat sehebat dengan Melayu. Sesungguhnya, MELAYU itu bukan sahaja Orang Melayu, tetapi hati mereka juga MELAYU. Itulah Melayu yang Tulen yang mana mereka adalah Orang yang hebat.

1 ulasan:

  1. Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.
    http://typophile.com/node/74436

    BalasPadam